Wednesday, December 19, 2018

CBP Sasar Buka 3 Cawangan Tahun 2019

Alhamdulillah,  harini masuk sinar harian pulak, 
.
.
.
Ada bank lain yang semakin tutup, tapi kenapa cbp makin bertambah cawangan?  Tahun ni sahaja 2 cawangan dibuka,  tahun depan dalam rancangan 3 cawangan lagi? Biar betul?
.
.
.
Jumlah ahli yang masuk syer keanggotaan pun dah meningkat sampai 84,000 orang,  bermakna kepercayaan orang ramai terhadap CBP semakin tinggi, jadinya tak mustahillah kan kalau CBP nak buka cawangan lagi dan lagi,
.
.
Hajar sendiri pun dah masuk syer keanggotaan, yelah takut dah tutup nanti nangis bucu katil pulak tak dapat nak menikmati dividen dari syer ni setiap tahun,  macam kat tempat lain dengar cerita dah tak bukak utk syer saham ni, 
.
.
Jadi,  sementara syer masih dibuka dan quota untuk masuk syer ni masih ade, jom kite rebut peluang ni. 😊 sebab QUOTA ADALAH TERHAD!
.
.
Tak nak ke join dapat dividen sama2 dengan 84,000 ahli anggota lain yang masuk saham jugak?😘
.
.
Oh sebelum terlupa,  di CBP jugak ade tawarkan produk Pembiayaan Peribadi berkadar tetap yang boleh biaya maksima sehingga RM200k untuk kakitangan kerajaan dan badan berkanun,
.
.
.
Nak buat overlap pun boleh. Mengenai overlap,  Hajar akan cerita pada posting akan datang, tapi kalau NAK TAHU DENGAN KADAR SEGERA,  boleh hubungi Hajar dengan klik link di bawah sekarang 👇🏻
.
.
www.wasap.my/60137645622/naktahuoverlapCBP
.
.
Hajar Osman

#PerundingKewanganMalaysia
#PembiayaanPeribadiiLestari
#CBPBatuPahat
#CoopbankPertama
#CBP

Thursday, December 6, 2018

Apakah perbezaan antara CCRIS dan CTOS?

Apa itu CCRIS?

CCRIS atau Central Credit Reference Information System menyediakan laporan kredit dan diuruskan oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia. Secara ringkas, CCRIS mengumpul maklumat kredit dari pengendali servis kewangan di Malaysia seperti bank, broker insurans, dan juga syarikat swasta yang menyediakan servis utiliti seperti telekomunikasi. Antara maklumat yang akan terpapar dalam laporan kredit CCRIS ialah pinjaman tertunggak, saman, dan status muflis.
Semua maklumat dan data kemudiannya dimasukkan ke dalam laporan kredit, dan institusi kewangan seperti bank akan mempunyai akses kepada laporan tersebut. Data pada laporan kredit akan dibahagikan kepada tempoh 12 bulan. Ia akan mengandungi kredit maklumat berkaitan seorang individu seperti di bawah:
  • Kredit tertunggak
  • Akaun perhatian khas, iaitu akaun dimana kemudahan kredit dibawah penyeliaan institute kewangan.
  • Permohonon pinjaman kredit dalam tempoh 12 bulan yang telah diluluskan atau dalam proses untuk diluluskan.
Namun, ingat bahawa CCRIS bukan sahaja mengandungi maklumat negatif seseorang individu, tetapi ia juga mengandungi maklumat positif, seperti permohonan pinjaman kredit yang telah diluluskan dan sejarah pembayaran semula yang positif. Ramai masyarakat Malaysia beranggapan CCRIS boleh menyenaraihitam nama seseorang individu yang memiliki corak pembayaran semula hutang yang buruk. Namun , ianya tidak benar. CCRIS tidak mempunyai kuasa untuk menyenaraihitam mana individu, sebaliknya hanya membekalkan data untuk institusi kewangan bagi membantu mereka membuat keputusan.
Anda boleh mendapatkan laporan CTOS peribadi dari Bank Negara, tetapi anda hanya boleh mendapat maklumat anda sahaja. Jadi, anda tidak boleh mendapatkan bantuan orang lain untuk mendapatkan laporan tersebut. Anda perlu menyediakan salinan kad pengenalan dan juga dokumen sokongan yang lain. Anda boleh mendapatkan laporan kredit CTOS anda di ibu pejabat Bank Negara Malaysia atau di cawangan serantau Bank Negara Malaysia .

Apa Itu CTOS?

CTOS merupakan sebuah syarikat swasta yang menyediakan laporan kredit dan juga digunakan secara meluas oleh institut-institut kewangan untuk menentukan kelayakan kredit pemohon, selain daripada menggunakan laporan CCRIS. Biasanya, institut kewangan akan menggunakan lebih dari satu laporan kredit untuk mendapatkan gambaran sebenar keadaan kredit pemohon.
CTOS mengumpul maklumat dalam laporan yang disediakan melalui sumber-sumber awam seperti yang berikut:
  • Jabatan Pendaftaran Negara
  • Jabatan Insolvensi Malaysia
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Penerbitan prosiding undang-undang, makluman di akhbar, dan warta kerajaan.
Maklumat yang terkandung dalam laporan CTOS termasuk status muflis individu, tindakan undang-undang, status kes, pemilikan perniagaan dan sebagainya.
Sama seperti CCRIS, CTOS tidak akan mengeluarkan pandangan, komen, atau menyenarai hitam mana-mana individu. Anda boleh mendapatkan laporan CTOS melalui MyCTOS. Pertama, anda perlu daftar diri anda untuk memperoleh ID Pengguna CTOS. Selepas anda mengaktifkan ID, laporan anda boleh diakses bila-bila masa temasuklah melalui aplikasi CTOS.
Jadi, Apakah Perbezaan Antara CCRIS dan CTOS?
Kedua-duanya menyediakan laporan kredit. Bezanya, CCRIS dibawah Bank Negara manakala CTOS pula merupakan syarikat swasta. Satu lagi perbezaan utama ialah bagaimana maklumat tersebut dikumpulkan. CCRIS memperolehi maklumat daripada institusi kewangan. Manakala CTOS mendapatkan maklumat berkaitan kredit daripada sumber awam seperti yang kita dibincangkan sebelum ini. Namun, kedua-duanya menyediakan laporan kredit walaupun perbezaannya  adalah bagaimana maklumat kredit tersebut diperolehi.

Kepentingan Laporan CCRIS dan CTOS

Digunakan oleh pihak bank

Apabila anda memohon kad kredit atau pinjaman dari bank, permohonan anda akan melalui proses kelulusan kredit sebelum bank memutuskan untuk meluluskan atau menolak permohonan tersebut. Laporan CCRIS dan CTOS akan digunakan dalam proses ini. Jika laporan anda menunjukkan status kredit yang positif, bank tidak mempunyai masalah untuk meluluskan permohonan anda. Tetapi sekiranya laporan kredit individu tersebut menunjukkan dia sering gagal membayar hutangnya yang tepat pada masanya, besar kemungkinan bank tidak akan meluluskan permohonannya.
Pihak bank juga akan melihat laporan kredit untuk menentukan Nisbah Khidmat Hutang (debt service ratio) seseorang individu sebelum menentukan kelulusan permohonan. Ini kerana bank  mengambil risiko apabila meluluskan permohonan anda. Jadi, CCRIS dan CTOS merupakan antara alat yang digunakan untuk mengurangkan risiko tersebut.
Menunjukkan corak bayaran balik hutang anda
Bayangkan laporan CCRIS dan CTOS umpama sejarah pelayaran Internet anda, bezanya ialah anda tidak boleh memadamnya dengan mudah dan sesuka hati. CCRIS dan CTOS akan menunjukkan kemampuan anda untuk membuat bayaran semula komitmen kewangan anda. Sebagai contoh, jika anda membuat pinjaman PTPTN, bukan sahaja rekod bayaran anda akan ditunjuk, rekod sewaktu anda lambat membuat pembayaran juga akan ditunjukkan oleh laporan kredit. Ini akan menjejaskan peluang anda untuk memohon kad kredit dan pinjaman peribadi dengan mudah. Oleh itu ia sangat penting untuk anda sentiasa pastikan laporan kredit anda positif dan dikemaskini.
Kini setelah anda mempunyai pemahaman lebih baik tentang CCRIS dan CTOS, tiba masanya untuk anda tumpukan lebih perhatian kepada laporan kredit supaya anda tidak mengsabotaj permohonan kredit anda pada masa akan datang!
sumber: comparehero.my

Wednesday, December 5, 2018

Dilema kakitangan kerajaan dan badan berkanun kerana gaji mereka terpaksa dipotong dalam amaun yang besar setiap bulan gara - gara PTPTN!

KUALA LUMPUR: Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpendapatan lebih RM2,000 sebulan selepas ini tidak boleh ‘culas’ membayar balik selepas skim Potongan Gaji Berjadual (PGB) dilaksanakan mulai Januari ini.
Ia berikutan skim berkenaan yang seperti sistem Potongan Cukai Berjadual (PCB) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), akan berhubung terus dengan majikan yang akan menolak gaji pekerja yang mempunyai pinjaman PTPTN secara mandatori.
Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan, berkata pihaknya akan mengeluarkan arahan kepada majikan untuk membuat potongan gaji mengikut peratus yang ditetapkan dalam skim PGB
“PTPTN bekerjasama dengan agensi berkaitan antaranya LHDN, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) dan Jabatan Imigresen untuk mendapat maklumat pendapatan dan butiran majikan peminjam.
“Berdasarkan maklumat diperoleh itu, PTPTN akan mengeluarkan arahan potongan gaji mengikut peratus potongan kepada majikan.
“Majikan akan bertanggungjawab membuat potongan gaji pekerja bagi bayaran balik pinjaman kepada PTPTN,” katanya pada sidang media bagi mengumumkan mekanisme baharu bayaran balik pinjaman PTPTN di Menara PTPTN di sini, hari ini.
Dalam pembentangan Belanjawan 2019, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mengumumkan kerajaan akan melaksanakan potongan gaji berjadual antara dua hingga 15 peratus kepada peminjam yang berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan.
Ketika ini PTPTN merekodkan seramai 2.9 juta peminjam dengan 1.4 juta dilaporkan masih culas membayar balik pinjaman masing-masing.
Wan Saiful berkata, majikan yang membantu pekerja membayar pinjaman PTPTN secara PGB akan diberi pelepasan cukai bagi jumlah yang dibayar.
Beliau berkata, kelayakan menikmati pelepasan itu merangkumi apa-apa bayaran balik sama ada dibayar secara ansuran setiap bulan atau bayaran sekali gus.
“Syaratnya, majikan tidak boleh mengenakan apa-apa syarat atau tuntutan kepada pekerja selepas pembayaran dibuat.
“Majikan mungkin boleh menjadikan penyelesaian hutang PTPTN sebagai insentif kepada pekerja cemerlang atau insentif dalam merekrut pekerja baharu.
“Insentif ini boleh menjadi motivasi kepada pekerja dan pada waktu sama menaikkan reputasi majikan,” katanya.
Terdahulu Wan Saiful berkata, seramai 225,000 peminjam yang berpendapatan kurang RM2,000 akan menikmati pelepasan pembayaran pinjaman mengikut skim PGB.
“Mereka yang bergaji di bawah RM2,000 sebulan tidak perlu membayar pinjaman PTPTN sehingga gaji mereka melepasi RM2,000. Bagi berpendapatan antara RM2,000 hingga RM4,000 jumlah bayaran mereka rendah saja.
“Bayaran balik paling rendah ialah dua peratus yang mana daripada RM2,000 gaji diterima, peminjam hanya perlu bayar RM40 saja.
“Kaedah ini lebih adil kerana ia memastikan mereka yang kurang berada tidak terbeban, manakala yang kaya tidak boleh mengambil kesempatan,” katanya.
Beliau berkata, pelajar daripada golongan isi rumah B40 dan M40 yang memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama dan menamatkan pengajian dalam tahun 2019 layak mendapat pengecualian bayaran balik pinjaman.
“Namun, syaratnya mereka mengikuti pengajian sepenuh masa, menamatkan pengajian dalam tempoh ditetapkan dan daripada keluarga B40 dan M40 ketika tamat pengajian,” katanya
Beliau berkata, kerajaan turut bersetuju melupuskan baki hutang peminjam warga emas jika berpendapatan RM2,00 hingga RM4,000 sebulan dan konsisten membayar balik dalam tempoh tiga tahun sebelum mencecah umur 60 tahun.
Wan Saiful turut berkata, pihaknya masih mengkaji desakan supaya yuran pentadbiran PTPTN antara satu hingga tiga peratus dimansuhkan.
Fakta PGB
Peratusan Potongan Mengikut Pendapatan
* Kurang RM2,000- 0 peratus
* RM2,001 hingga RM2,499 - 2 peratus (RM40-49.99)
* RM2,500 hingga RM2,999 - 3 peratus (RM75-89.99)
* RM3,000 hingga RM3,999 - 5 peratus (RM150-199.99)
* RM4,000 hingga RM5,999 - 8 peratus (RM320-479.99)
* RM6,000 hingga RM7,999 - 10 peratus (RM600-799.99)
* RM8,000 dan ke atas - 15 peratus (RM1,200 ke atas)


- sumber : Berita Harian, 5 Disember 2018,



Masih belum terlambat lagi bagi anda untuk menjelaskan hutang PTPTN dengan kami sebelum 31 Disember 2018 ini,
.
.
.
Hutang PTPTN settle, dapat rebate lagi kalau bayar lump sum, untung2 dapat duit lebih di tangan lagi,
.
.
.
Jom settlekan PTPTN segera, dengan klik link di bawah


http://www.wasap.my/60137645622/settlePTPTN(Hajar)


Disclaimer: Khas untuk kakitangan kerajaan, badan berkanun dan badan yang boleh membuat potongan ANGKASA sahaja.

Kadar tetap dan kadar terapung

Pelbagai jenis kadar faedah yang digunakan dalam sistem perbankan. Kadar faedah yang dikenakan didalam sistem kemudahan pinjaman dan kredit  bergantung kepada jenis pinjaman dan juga hutang anda. Faedah tersebut merupakan cai yang dikenakan ke atas wang yang dipinjam daripada institusi kewangan.
.
.
.
Jenis faedah juga merupakan keuntungan yang diperolehi apabila kita mendepositkan wang kita ke dalam sistem perbankan.  Sistem perbankan mendapat untung daripada faedah yang dikenakan dan seterusnya memberi keuntungan kepada pendeposit melalui faedah yang diberikan kepada penyimpan.
.
.
.
Sebagai peminjam kita harus mengetahui kadar dan tempoh tawaran. Perhatian dan penelitian mengenai tawaran yang diberikan secara menyeluruh dengan terperinci dan jangan hanya tertarik dengan kadar faedah permulaan. Kadang-kala, kadar faedah yang dikenakan akan meningkat pada masa hadapan walaupun kadar faedah permulaan nampak rendah.
.
.
.
Kita harus mempastikan sama ada kadar pinjaman itu adalah kadar sama rata atau kadar boleh berubah. Kadar berubah bermaksud bahawa faedah yang dikenakan akan bergerak selari dengan perubahan pada kadar berian pinjaman asas (BLR). Pastikan kenaikan dan penurunan kadar faedah terhadap jumlah pembayaran balik pinjaman dan kemampuan anda.
.
.
.
Terdapat 2 jenis kadar:
.
.
1) Kadar Tetap
.
.
Kadar tetap (Fixed rate)  merupakan faedah dikira berdasarkan baki pinjaman semasa pada kadar  faedah yang sama iaitu tidak berubah sepanjang tempoh pinjaman.  Kebaikan kadar faedah tetap adalah untuk menyenangkan peminjam untuk menentukan jumlah bayaran ansuran tanpa perubahan sepanjang tempoh yang telah ditetapkan dan menyenangkan proses bajet.
.
.
.
2) Kadar Terapung
.
.
Kadar faedah terapung (Floating rate) merupakan kadar faedah yang dihitung berasaskan baki pinjaman semasa dengan kadar faedah bersandarkan pada kadar pinjaman asas (Base Lending rate). Kadar faedah terapung ini boleh berubah-ubah sepanjang tempoh pinjaman. Contohnya 1.6% di atas kadar pinjman asas. Ada kala kadar ini negatif dalam tempoh tertentu seperti -1.4% pada tahun pertama, 1.5 peratus tahun kedua dan 3.5% pada tahun seterusnya.
.
.
Dalam Coopbank Persatuan, kami menawarkan kadar tetap yang menguntungkan pelanggan kerana bayaran bulanan yang sentiasa dibayar dengan amaun yang sama sehingga hujung bayaran.
.
.
Nak dapatkan perkhidmatan dari kami dengan kadar tetap?
.
.
klik link di bawah sekarang

www.wasap.my/60137645622/pinjamankadartetap(Hajar)

www.wasap.my/60137645622/pinjamankadartetap(Hajar)

www.wasap.my/60137645622/pinjamankadartetap(hajar)