Wednesday, December 5, 2018

Kadar tetap dan kadar terapung

Pelbagai jenis kadar faedah yang digunakan dalam sistem perbankan. Kadar faedah yang dikenakan didalam sistem kemudahan pinjaman dan kredit  bergantung kepada jenis pinjaman dan juga hutang anda. Faedah tersebut merupakan cai yang dikenakan ke atas wang yang dipinjam daripada institusi kewangan.
.
.
.
Jenis faedah juga merupakan keuntungan yang diperolehi apabila kita mendepositkan wang kita ke dalam sistem perbankan.  Sistem perbankan mendapat untung daripada faedah yang dikenakan dan seterusnya memberi keuntungan kepada pendeposit melalui faedah yang diberikan kepada penyimpan.
.
.
.
Sebagai peminjam kita harus mengetahui kadar dan tempoh tawaran. Perhatian dan penelitian mengenai tawaran yang diberikan secara menyeluruh dengan terperinci dan jangan hanya tertarik dengan kadar faedah permulaan. Kadang-kala, kadar faedah yang dikenakan akan meningkat pada masa hadapan walaupun kadar faedah permulaan nampak rendah.
.
.
.
Kita harus mempastikan sama ada kadar pinjaman itu adalah kadar sama rata atau kadar boleh berubah. Kadar berubah bermaksud bahawa faedah yang dikenakan akan bergerak selari dengan perubahan pada kadar berian pinjaman asas (BLR). Pastikan kenaikan dan penurunan kadar faedah terhadap jumlah pembayaran balik pinjaman dan kemampuan anda.
.
.
.
Terdapat 2 jenis kadar:
.
.
1) Kadar Tetap
.
.
Kadar tetap (Fixed rate)  merupakan faedah dikira berdasarkan baki pinjaman semasa pada kadar  faedah yang sama iaitu tidak berubah sepanjang tempoh pinjaman.  Kebaikan kadar faedah tetap adalah untuk menyenangkan peminjam untuk menentukan jumlah bayaran ansuran tanpa perubahan sepanjang tempoh yang telah ditetapkan dan menyenangkan proses bajet.
.
.
.
2) Kadar Terapung
.
.
Kadar faedah terapung (Floating rate) merupakan kadar faedah yang dihitung berasaskan baki pinjaman semasa dengan kadar faedah bersandarkan pada kadar pinjaman asas (Base Lending rate). Kadar faedah terapung ini boleh berubah-ubah sepanjang tempoh pinjaman. Contohnya 1.6% di atas kadar pinjman asas. Ada kala kadar ini negatif dalam tempoh tertentu seperti -1.4% pada tahun pertama, 1.5 peratus tahun kedua dan 3.5% pada tahun seterusnya.
.
.
Dalam Coopbank Persatuan, kami menawarkan kadar tetap yang menguntungkan pelanggan kerana bayaran bulanan yang sentiasa dibayar dengan amaun yang sama sehingga hujung bayaran.
.
.
Nak dapatkan perkhidmatan dari kami dengan kadar tetap?
.
.
klik link di bawah sekarang

www.wasap.my/60137645622/pinjamankadartetap(Hajar)

www.wasap.my/60137645622/pinjamankadartetap(Hajar)

www.wasap.my/60137645622/pinjamankadartetap(hajar)

No comments:

Post a Comment